POLIS MASIH SIASAT MOTIF SERANGAN RESTORAN DI NILAI

Polis masih menyiasat motif empat lelaki diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di sebuah restoran di sini pada minggu lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim , setakat ini seramai 14 saksi telah dipanggil memberi keterangan. Setakat ini 14 saksi telah diambil keterangan yang terdiri daripada mangsa dan juga rakannya. Pihaknya masih menyiasat punca mereka diserang dan siasatan lanjut masih diteruskan. Usaha mengesan kesemua suspek juga masih dilakukan dan polis telah membuat analisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi.

Sebelum ini media melaporkan, dalam kejadian 9 Januari, jam 9.40 malam itu, lima lelaki bertopeng menaiki sebuah kenderaan berhenti di tepi kedai lalu meluru ke arah sekumpulan lelaki di restoran terbabit. Terdapat empat lelaki warga tempatan lingkungan usia 44 tahun hingga 59 tahun dikatakan diserang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah boleh menghubungi Balai Polis berdekatan atau Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-7902222.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN BERI LEBIH TUMPUAN KEPADA “EKONOMI RAKYAT”: FAHMI

Fahmi menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada petugas pada Majlis APC Kementerian Komunikasi Zon Sabah hari ini. – Gambar …

MELAKA REKOD 7.2 JUTA PELANCONG SETAKAT JUN, JANA EKONOMI RM7.27 BILION

Ayer Keroh – Melaka merekodkan lebih 7.2 juta pelancong sehingga Jun tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi …

TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN KEPADA SAYA – AZHAR ARSHAD

Ayer Keroh – Berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka selama dua tahun dan dua bulan menjadi antara pengalaman amat bermakna …