PEKERJA KEBUN SAYUR DISAMUN PENJENAYAH BERPARANG

Pekerja sebuah kebun sayur di Mantin di sini, berdepan detik cemas apabila disamun sekumpulan lelaki bersenjatakan parang pada jam 1.10 pagi Selasa. Kejadian itu berlaku selepas suspek menceroboh masuk ke kebun terbabit dengan menyamar sebagai anggota penguat kuasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, polis menerima maklumat kejadian daripada seorang lelaki yang merupakan pemilik kebun sayur berkenaan. Lelaki itu beritahu yang dia terima maklumat daripada pekerjanya bahawa sekumpulan lelaki seramai sembilan orang bersenjatakan parang telah menceroboh masuk kawasan kebun dengan menyamar sebagai anggota penguat kuasa. Suspek telah merompak enam pekerjanya hingga mendatangkan kecederaan.

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis telah ke lokasi dan berjaya menahan sembilan suspek lelaki berusia lingkungan 20-an, jam 5.30 pagi. Turut dirampas (5) motosikal yang dinaiki suspek, (2) bilah parang, (1) bilah rotan dan (7) buah telefon bimbit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, Seksyen 170 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Semua suspek direman tujuh hari bermula pada Selasa sehingga 20 Januari ini untuk siasatan lanjut. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah boleh menghubungi Balai Polis berdekatan atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7902222.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut