GELAP MATA DITAWAR LEBIH RM1 JUTA, WANITA RUGI RM252,004

Seorang peniaga dalam talian di sini mengalami kerugian RM252,004 selepas terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lebih RM1 juta dalam tempoh dua bulan.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, pada Oktober tahun lalu, semasa mangsa wanita berusia 39 tahun itu berada di rumahnya di Bahau, dia melihat iklan pelaburan di laman Facebook Arcadia Equity Oscar. Pengadu berminat dalam urusan pelaburan wang tersebut dan bersetuju menyertainya dengan memilih pakej A.

Sekiranya dia melabur sebanyak RM150,000 pengadu akan menerima pulangan RM1.44 juta dalam tempoh dua bulan. Pengadu juga telah meminjam wang daripada rakannya untuk menyertai pelaburan itu. Untuk permulaan mangsa membuat transaksi sebanyak RM250 ke dalam sebuah akaun bank dengan nama KC Weld Enterprise pada jam 10.29 pagi, 12 November 2024.

Pengadu kemudiannya membuat 15 lagi transaksi secara berperingkat dari tarikh tersebut sehingga 24 November 2024 ke enam akaun bank berbeza yang di berikan kepadanya. Jumlah keseluruhan pembayaran yang dibuat oleh pengadu ialah sebanyak RM252,004 dan sehingga kini dia tidak menerima sebarang pulangan bahkan masih diminta memberikan wang tambahan untuk pelbagai urusan. Pengadu berasa tertipu dan membuat laporan polis pada Isnin untuk tindakan lanjut. Siasatan kes telah dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …