INISIATIF ‘PASOR PERCUMA GANU KITE’ DAPAT BANTU MASYARAKAT

Inisiatif Pasor Percuma Ganu Kite! telah dilaksanakan untuk membantu penduduk yang terjejas akibat banjir di Terengganu. Acara ini, yang merupakan yang ke-35 sejak dilancarkan pada tahun 2018, berlangsung pada 11 Januari 2025 dan bertujuan memberikan sokongan kepada golongan kurang berkemampuan dengan menyediakan pelbagai barangan keperluan harian secara percuma.
Dalam acara ini, sukarelawan dari pelbagai latar belakang berganding bahu untuk memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lancar kepada mereka yang memerlukan. Pada kali ini, seramai kira-kira 200 penyumbang terlibat dengan bantuan bukan hanya diberikan dalam bentuk barangan tetapi termasuk sumbangan tunai sebanyak RM10,000 yang membolehkan pihaknya menyediakan barangan keperluan asas seperti beras dan minyak masak untuk diagihkan kepada penduduk.
Program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran sekitar 2,000 pengunjung dan ada yang sudah menunggu seawal 8 pagi walaupun pintu pagar sekolah ini dibuka pada 10 pagi. Pasar percuma pada Sabtu diadakan tepat pada waktunya kerana selain kerugian harta benda akibat banjir, nelayan pantai sepertinya juga masih tidak dapat turun ke laut sepanjang musim tengkujuh ini.
Selain itu, kerajaan juga menyediakan bantuan lain seperti Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas, serta inisiatif dari bank-bank yang menawarkan penangguhan bayaran ansuran dan bantuan kewangan. Dengan adanya program seperti Pasor Percuma Ganu Kite!, masyarakat dapat bersatu dalam menghadapi cabaran bencana alam, dan diharapkan bantuan ini dapat mempercepatkan proses pemulihan penduduk yang terjejas dan membantu mereka kembali kepada kehidupan normal.
Sumber foto: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut