MAKLUMAN: JALAN DITUTUP AKIBAT HAKISAN DARI OMBAK PANTAI

Jalan Pantai Kampung Tanjong, Batu Rakit, ditutup apabila laluan dari Batu Rakit menghala ke Mengabang Telipot runtuh akibat dibadai ombak, kira-kira 9 malam tadi. Tinjauan di kawasan berkenaan mendapati beberapa pekerja syarikat penyelenggaraan jalan sedang memasang tali dan batu penghadang serta papan tanda jalan ditutup di kedua-dua arah.

Laluan sepanjang kira-kira 50 meter (m) itu dikatakan runtuh selepas dibadai ombak besar setinggi 2.4 m serta angin kencang bermula 6 petang dan berlarutan sehingga awal pagi ini. Hakisan dijangka menjadi lebih teruk apabila ombak dikatakan mencecah sehingga 2.9 m dengan kelajuan angin sekitar 40 kilometer sejam bermula 8 malam ini.

Penduduk, Khairul Anuar Shamshudin, 43, berkata, hakisan yang semakin mengganas turut memusnahkan bangsal serta jeti nelayan kampung berkenaan yang dibawa arus ke laut malam tadi. Hakisan berlaku terlalu cepat. Ahad lepas, hanya sebahagian kecil jalan yang runtuh. Dalam masa enam hari, sudah separuh bahagian jalan ‘hilang’ dibadai ombak.

Yang terbaharu ini (jalan runtuh) jam 9 malam tadi. Ombak dikatakan lebih tinggi iaitu 2.9 m dengan kelajuan angin kira-kira 40 kilometer sejam dan ia akan meruntuhkan lebih banyak lagi bahagian jalan ini. Jalan berkenaan akan putus jika tidak ada tindakan segera diambil bagi mengelak hakisan terus berlaku di kawasan berkenaan sepanjang musim Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir Mac ini.

Sumber gambar: Bernama

Artikel/Berita Terkini

MELAKA SEDIA JADI TUAN RUMAH TERBAIK SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2026

Seri Negeri – Melaka bakal jadi tumpuan negara apabila dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2026 …

RM1.25 JUTA NAIK TARAF KK BUKIT RAMBAI, TINGKATKAN KESELESAAN RAKYAT

Seri Negeri – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka telah melaksanakan tiga projek naik taraf bernilai RM1.25 juta di Klinik Kesihatan …

MELAKA TAWAR KEMASUKAN PERCUMA PRODUK PELANCONGAN PADA 31 OGOS

Seri Negeri – Rakyat Malaysia dipelawa untuk bersama-sama hadir bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Melaka dan menikmati kemasukan percuma …