BENCANA: AIR LAUT MELIMPAH, 5 KELUARGA DIARAH BERPINDAH

Seramai 16 orang daripada lima keluarga terpaksa berpindah selepas air laut melimpah ke kawasan kediaman mereka di Kampung Geliga Baru, malam tadi. Semua mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Balairaya Kampung Geliga Pantai.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, banjir membabitkan kediaman lima keluarga itu bukan disebabkan hujan tetapi disebabkan fenomena air pasang besar. Kawasan kediaman mangsa yang berada berhampiran pantai dibanjiri air laut berikutan ombak besar dan angin kencang bermula petang dengan kemuncaknya pada 9 malam.

Difahamkan, fenomena air pasang terus berlaku pada malam ini dengan ombak setinggi 2.9 meter berserta dengan kelajuan angin sehingga 40 kilometer sejam. Dengan keadaan itu, dijangka lebih ramai mangsa terutama mereka yang tinggal di kawasan pantai akan berpindah

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut