Seramai 37,537 warga emas di Negeri Sembilan berjaya memanfaatkan Inisiatif Keceriaan Warga Emas (IKWE) yang disediakan kerajaan negeri menerusi pemberian insentif sekali beri sebanyak RM200 setiap seorang, tahun lalu. Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, sebanyak RM7.5 juta disediakan kepada penerima terbabit menerusi inisiatif itu yang mula diperkenalkan tahun lalu.
Beliu menyatakan ini di antara inisiatif yang paling berjaya dan sumbangan kewangan ini diberikan bagi menghargai golongan warga emas. Justeru itu, bermula tahun ini (2025), sumbangan RM200 ini akan diserahkan kepada penerima semasa musim perayaan agama masing-masing. Kalau warga emas itu kaum Tionghua, maka sumbangan akan diberikan sebelum atau semasa musim perayaan Tahun Baru Cina dan sekiranya warga emas beragama Islam, sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri dan begitu juga bagi yang beragama Hindu, sebelum sambutan Deepavali. Diharapkan dengan kaedah baru ini, ia akan memberi lebih keceriaan kepada golongan warga emas di Negeri Sembilan semasa menyambut perayaan masing-masing.
Beliau turut menyampaikan insentif tambahan RM1,000 setiap seorang kepada tiga atlet Negeri Sembilan yang berjaya memecahkan rekod baharu pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024. Warga emas yang telah berdaftar pada tahun lalu dan yang telah menerima sumbangan kewangan RM200, tidak perlu membuat permohonan baharu untuk mendapatkan sumbangan pada tahun ini. Sumbangan ini akan diselaraskan Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mereka akan menghubungi setiap penerima terbabit.
Sumber: Berita Harian