ELAUN TAMBAHAN KHABAR GEMBIRA UNTUK SIDANG KAMPUNG

Ayer Keroh – “Terima kasih Kerajaan Negeri kerana prihatin dengan nasib sidang-sidang kampung dan sudi memberikan elaun tambahan tahunan kepada kami,” kata Sidang Bukit Cina, Kasmuri Kamsoh,77.

Kasmuri telah berkhidmat sebagai sidang kampung sejak tahun 1994 dan dia bersyukur apabila insiaitif itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada pembentangan Bajet 2025 Negeri Melaka, baru-baru ini.

“Syukur Alhamdulillah rezeki diberikan ini, biarpun kita belum tahu perinciannya namun berita ini sedikit sebanyak memberi khabar gembira kepada tok sidang di negeri ini.

“Menjadi sidang ini banyak tanggungjawabnya, biarpun kadang-kadang elaun diberikan tidak besar tetapi amanah diberikan perlu dilaksanakan sebaiknya.

“Jadi saya pesan kepada semua sidang-sidang yang masih muda, kerjalah dengan amanah kerana tugas kita adalah untuk membantu masyarakat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Bagi Sidang Kampung Morten, Azman Dollah, 58, dia sangat bersyukur kerana kebajikan sidang kampung di Melaka turut ditekankan dalam pembentangan Bajet 2025 Negeri Melaka.

“Sebenarnya elaun tok sidang ini sudah lama tidak dinaikkan, jadi apabila Kerajaan Negeri maklumkan bahawa ada tambahan elaun sudah tentu ia adalah berita gembira.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri masih memikirkan nasib tok sidang di negeri ini, ini juga dikira sebagai penghargaan kepada kami.

“Sebagai sidang banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, diharap elaun yang bakal diberikan nanti sedikit sebanyak dapat membantu kami (tok sidang) ini,” katanya.

Sumber : Melaka HariIni (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …