DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Sepasukan anggota dari Balai Polis Bayan Lepas telah menahan seorang lelaki berusia 46 tahun dan seorang wanita berusia 35 tahun di sebuah rumah di Jalan Lintang Bayan 6, Sungai Ara kerana disyaki terlibat dalam kegiatan memproses air ketum dan memiliki pelbagai senjata berbahaya.
Pihak polis turut merampas 710 bungkusan cecair disyaki air ketum lengkap dengan peralatan memproses, pelbagai senjata seperti keris, parang, pedang, kapak, busur dan anak panah, sebuah kereta Honda City serta wang tunai sebanyak RM4,500.
Kedua-dua suspek dan barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Bayan Lepas untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484