KPDN RAMPAS 300 LITER DIESEL DALAM PACUAN EMPAT RODA DIUBAH SUAI

SITA: Minyak diesel yang disita di dalam kenderaan pacuan empat roda diubah suai.

LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan berjaya merampas 300 liter minyak diesel dalam satu serbuan menerusi Op Tiris di sini.

Pengarah KPDN Labuan Junaidah Arbain berkata, serbuan pada 6 Januari itu pada mulanya menahan dan memeriksa sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan terbabit diubah suai dengan tangki tambahan yang disembunyikan di bahagian belakang kenderaan dengan menyimpan lebih kurang 300 liter minyak disyaki diesel.

“Kesemua barang kes terlibat dengan jumlah keseluruhan dianggarkan bernilai RM30,645 disita untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, seorang lelaki warga tempatan berumur 44 tahun yang juga pemandu kenderaan turut ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) kerana gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran atau permit barang kawalan berhubung pemilikan barang kawalan berkenaan.

Beliau berkata, sebagai tindakan lanjut, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan untuk melakukan kesalahan.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Kastam …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jom Derma …

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …