KETIBAAN 1 REJAB 1446H BERSAMAAN 1 JANUARI 2025: DOA KETIKA MASUK BULAN REJAB

 

“Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada

 kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban; dan temukanlah 

kami dengan bulan Ramadan.”




Marilah sama-sama kita pertingkatkan amalan kita

di bulan Rejab sebagai persiapan untuk kita bertemu

dengan bulan Ramadan.

 

Bulan Rejab merupakan bulan yang mencatatkan peristiwa sejarah yang sentiasa diingati oleh umat Islam kerana dalam bulan inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj Rasulullah SAW. Dalam peristiwa ini, Rasulullah SAW telah diisra’kan (diperjalankan) dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin dan kemudian dimi’rajkan (dinaikkan) ke langit menuju Sidratul Muntaha sepertimana firman Allah SWT ayat 1 Surah al-Isra’ yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad SAW dengan roh dan jasadnya) pada waktu malam dari Masjidil Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (Baitul Muqadis di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya supaya kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda (kebesaran dan kekuasaan) kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.

Dalam peristiwa tersebut, Baginda Rasulullah SAW telah menyaksikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT dan kemuncak peristiwa inilah Allah SWT telah memfardhukan solat lima waktu kepada umat Islam.

Firman Allah SWT dalam ayat 45 Surah al-Ankabut yang bermaksud: “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan”.

 

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut