RM50 JUTA WANG LEBUR DITIPU ‘SCAMMER’

Kuala Terengganu: Sebanyak 573 kes penipuan melibatkan kerugian keseluruhan RM50 juta direkodkan berlaku di bandar raya ini sejak awal tahun 2024. Walaubagaimanapun, terdapat penurunan sebanyak 1.2 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya iaitu sebanyak 580 kes penipuan melibatkan kerugian kira-kira RM100 juta telah dicatatkan di bandar raya ini pada tahun 2023.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, penipuan e-dagang merupakan tertinggi dengan 120 kes. Penipuan menerusi panggilan telefon pula mencatatkan 113 kes, pelaburan tidak wujud (94 kes) dan pinjaman tidak wujud (63 kes). Manakala, penipuan cinta dan bungkusan pula mencatatkan 14 kes dan pinjaman wang tidak berlesen (6 kes).

Seterusnya, sebanyak 96 kes tipu dan lain-lain jenayah komersial (66 kes) juga direkodkan sepanjang tahun ini. Oleh itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …