Pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Kampung Star, Gua Musang bertujuan mengatasi masalah banjir di Kelantan, khususnya di Kota Bharu.
Projek bernilai RM5 bilion ini dianggarkan dapat mengurangkan 40% masalah banjir dengan mengawal aliran air sungai, terutamanya ketika musim tengkujuh.
Empangan seluas 5,400 hektar ini akan menjadi kawasan tadahan air dan sistem tebatan banjir.
Pembinaan projek ini, yang bermula pada Mac 2022, dijangka siap menjelang November 2027 dan akan menghasilkan 300 megawatt tenaga boleh diperbaharui.
Sumber: Bernama