PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT BERTEMBUNG KERETA

MAUT: Penunggang motosikal terbabit disahkan maut akibat kecederaan parah.

PENAMPANG: Seorang penunggang maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 38 Jalan Penampang – Tambunan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, mangsa lelaki tempatan berusia 20 tahun yang menunggang motosikal seorang diri meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, hasil siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas sendiri ke laluan bertentangan.

“Motosikal mangsa kemudian bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah Penampang.

“Akibat daripada kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan bertugas,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Sammy berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu untuk proses bedah siasat.

“Pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan dan berhubung dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

TIPS KESELAMATAN AKTIVITI SUKAN LASAK

TIPS KESELAMATAN AKTIVTI SUKAN LASAK (BERBASIKAL, BUKIT, MENDAKI, ATV, BUNGEE JUMPING) 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗟𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 Sentiasa pakai peralatan yang disahkan piawai seperti …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …