DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Perhimpunan Setia Bil. 5/2026.Majlis disempurnakan oleh Pengarah JPJ Negeri Pulau Pinang, Tuan Zulkifly bin Ismail, dengan dihoskan oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif melibatkan SPK Penaga dan SPK Valdor.Perhimpunan ini menjadi wadah memperkukuh semangat kebersamaan serta memperbaharui komitmen warga Jabatan dalam melaksanakan tugas dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil serta sambutan hari lahir warga Jabatan bagi bulan September dan Oktober sebagai tanda penghargaan dan usaha mengeratkan silaturahim.Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur dan seluruh warga kerja yang menjayakan majlis ini.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



