MENU BERASASKAN UBI TARIK PELANCONG KE KELANTAN SEPANJANG MUSIM TENGKUJUH

Kerajaan Kelantan berhasrat untuk mempopularkan menu berasaskan ubi bagi merangsang industri pelancongan semasa musim tengkujuh.

Exco Pelancongan Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor, menyatakan bahawa negeri ini kaya dengan pelbagai jenis ubi yang dapat menarik pelancong walaupun pada musim Monsun Timur Laut (MTL).

Beberapa jenis ubi seperti keledek, ubi kayu, ubi badak dan ubi itik berpotensi dikomersialkan melalui kuih-muih tradisional Kelantan.

Antara menu popular di musim tengkujuh termasuk putu halba, tepung boko dan ubi tonyoh.

Kamarudin turut memaklumkan penganjuran Pesta Makanan Musim Tengkujuh yang dijadualkan pada 10 dan 11 Januari depan, setelah ditangguhkan akibat banjir luar jangka.

Beliau juga menambah bahawa musim hujan boleh menjadi tarikan pelancong di beberapa negara, termasuk di Pantai Timur Malaysia.

Selain itu, Gelanggang Seni Kelantan yang baru dibaik pulih kini boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni pada tahun depan.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut