ANAK JATI KELANTAN JUARAI “INTERNATIONAL FOLKLORE AND MUSIC” DI REPUBLIK CZECH

Dua remaja dari Kelantan, Nur Syafawati Damia Safwan dan Nik Mohamed Firdaus Putra Nik Aziz, telah mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan nyanyian International Folklore and Music di Republik Czech pada 11-20 Disember lalu.

Mereka yang berusia 17 tahun, meraih tempat pertama dalam kategori Vocal Duet of Excellent Group, menewaskan lebih 40 peserta dari tujuh negara.

Kejayaan itu diperoleh melalui dendangan lagu ‘Bergending Dang Gong’ yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Allahyarham Datuk SM Salim yang mendapat tepukan gemuruh penonton.

Nur Syafawati Damia, pelajar SMK Jeli, mengakui tidak menyangka memenangi pertandingan kerana persaingan sengit dengan peserta dari negara-negara seperti Republik Czech, Ukraine dan Amerika Syarikat.

Mereka mengenakan busana songket tradisional Kelantan untuk mempromosikan pakaian tradisional Malaysia.

Nur Syafawati Damia turut mengungkapkan rasa syukur atas sokongan ibu dan bapa yang sentiasa menyokong karier muziknya sejak kecil.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …