Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengingatkan bahawa empat negeri, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Cuaca yang sama juga dijangka berlaku di beberapa negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak pada sebelah petang, serta Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak pada malam.
MetMalaysia mengingatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan aktiviti, serta menggunapakai aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca terkini.
Rancang perjalanan dan aktiviti anda dengan sebaiknya. Teruskan mengikuti media sosial rasmi dan laman web www.met.gov.myย untuk informasi cuaca terkini yang pantas dan tepat.
Sumber: Bernama, MetMalaysia