PERTUMBUHAN AWAL RUMPUT `BERMUDA TIFGRAND’ IKUT JADUAL

KUANTAN: Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) berpuas hati dengan proses pertumbuhan awal rumput `Bermuda Tifgrand’ sejak mula ditanam pada 26 November lalu.

Pengurus PSDM, Izad Zainal Muhammad Safian, berkata berdasarkan tinjauan harian bersama kontraktor, tiada masalah besar dihadapi kerana mengikut jadual ditetapkan.

“Pertumbuhan awal rumput mengikut jadual ditetapkan dan harapan utama supaya keadaan cuaca sekarang terus menyebelahi kita.

“Sebab cuaca sekarang nampak OK kerana ada panas dan hujan kerana rumput memerlukan keadaan cuaca seperti itu untuk pertumbuhan awal. Kita harap segalanya berjalan lancar dan rumput tumbuh tanpa sebarang masalah,” katanya.

Tinjauan di Stadium Darul Makmur hari ini mendapati selepas lebih tiga minggu ditanam, keadaan padang stadium itu mula ditumbuhi rumput dan kehijauan.

Baru-baru ini, Kerajaan Pahang melalui PSDM memaklumkan bahawa rumput `Bermuda Tifgrand’ yang ditanam di Stadium Darul Makmur adalah jenis terbaharu dan pertama dalam industri rumput padang sukan di negara ini dengan jangkaan matangnya pada Mac tahun depan.

Sejumlah RM1.6 juta diperuntukkan bagi kerja menaik taraf Stadium Darul Makmur, termasuk pertukaran rumput baharu dan sistem saliran padang.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …

KESIAPSIAGAAN BANJIR: USAHA MELINDUNGI MURID DAN MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PENDIDIKAN DI TERENGGANU

Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada hujung Oktober 2026 menuntut kesiapsiagaan menyeluruh bagi melindungi keselamatan warga pendidikan serta …