HUJAN LEBAT TAHAP WASPADA DI 5 NEGERI HINGGA JUMAAT

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa daerah di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga Jumaat ini.

METMalaysia dalam hantaran di Facebook memaklumkan di Terengganu, amaran itu dikeluarkan bagi kawasan Dungun dan Kemaman, manakala Pahang membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Di Johor pula, katanya amaran sama dikeluarkan bagi daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Selain itu, amaran hujan tahap waspada turut dikeluarkan bagi beberapa daerah di Sarawak dan Sabah mulai esok hingga Ahad ini.

METMalaysia memaklumkan di Sarawak, cuaca itu dikeluarkan bagi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

“Di Sabah pula membabitkan kawasan Pantai Barat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

KUASAI AI, SEDIA HADAPI PERUBAHAN DUNIA

TERIMA KASIH: Sapawi (dua kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Isnin sempena majlis perasmian itu. KOTA KINABALU: Kerajaan terus memperkukuhkan agenda pembangunan …

TARIKH-TARIKH PENTING PILIHANRAYA NEGERI MELAKA KE 16 – TIDAK BENAR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa grafik berhubung “Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16” yang sedang tular …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …