MALAYSIA BAKAL LAKSANA RANGKAIAN KOMUNIKASI LTE-R 4G SEPANJANG JAJARAN ECRL – LOKE

PUTRAJAYA: Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G di sepanjang jajaran East Coast Rail Link (ECRL).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata dengan adanya rangkaian berkenaan, ia dapat meningkatkan tahap komunikasi dan isyarat yang lebih pantas berbanding teknologi sebelum ini.

Selain itu, katanya, pembinaan Projek ECRL yang bernilai RM50.27 bilion itu turut membabitkan perolehan tren Electric Multiple Unit (EMU) untuk penumpang serta Lokomotif Elektrik (E-Loco) bagi kargo.

” … reka bentuk tren EMU jenis enam gerabak dengan kapasiti membawa seramai 430 penumpang pada satu-satu masa yang akan diguna pakai untuk pengoperasian ECRL kelak.

“Tren EMU buatan syarikat China Railway Rolling Stock Corp (CRRC) Dalian ini, turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan demi keselesaan para penumpang,” katanya ketika berucap melancarkan reka bentuk tren EMU dan logo ECRL di sini hari ini.

Reka bentuk tren EMU bagi pengoperasian East Coast Rail Link (ECRL) diperkenalkan hari ini dengan pemilihan gabungan warna putih dan biru serta mempunyai corak batik pada bahagian sisi.

Loke berkata, tren EMU juga mempunyai tempat duduk bagi penumpang Orang Kurang Upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda atau penumpang yang memerlukan pertolongan khas.

“Saya difahamkan bahawa sebanyak 11 set tren EMU enam gerabak buatan syarikat CRRC Dalian diperuntukkan bagi pengoperasian ECRL, dengan set pertama dijangka tiba di Malaysia menjelang akhir 2025.

“Tren EMU ini akan bergerak pada kelajuan maksimum 160 kilometer sejam (km/j) apabila memulakan operasi komersialnya kelak, iaitu pada Januari 2027 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dengan masa perjalanan selama empat jam sahaja,” katanya.

Beliau turut memaklumkan projek ECRL telah memperuntukkan sebanyak 12 set E-Loco daripada CRRC Dalian bagi tujuan pengangkutan kargo, dengan set pertama juga akan tiba di Malaysia menjelang akhir tahun depan.

“Sukacita saya maklumkan bahawa CRRC Dalian sudah memberi komitmen dua set E-Loco akan dipasang di depoh kereta api ECRL di Kuantan Port City bagi menggalakkan pembabitan warga tempatan dalam pemasangan komponen E-Loco yang juga sebahagian daripada inisiatif pemindahan teknologi,” katanya.

Loke berkata, rangkaian ECRL bertetapan dengan dasar penting kerajaan yang antaranya menyarankan penggunaan rel.

“Ini adalah kerana mod pengangkutan sedemikian bukan sahaja dapat mengurangkan pergerakan kenderaan berat di jalan raya, tetapi juga akan menjimatkan kos, mesra alam sekitar dan meningkatkan tahap keselamatan jalan raya,” katanya.

Reka bentuk tren EMU bagi pengoperasian ECRL diperkenalkan hari ini dengan pemilihan gabungan warna putih dan biru serta mempunyai corak batik pada bahagian sisi.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut