BAHAYA AI DISALAH GUNA: PELAJAR SUDAH PANDAI GUNA AI JAWAB SOALAN

Kebelakangan ini, teknologi kecerdasan buatan (AI) semakin rancak digunakan dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Pada awalnya, AI seperti ChatGPT dan lain-lain dilihat sebagai alat bantu belajar, tetapi kini ia mula disalah gunakan lebih-lebih lagi ketika musim peperiksaan.

Penggunaan AI secara tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja mencemarkan integriti akademik, malah boleh menjejaskan kemampuan sebenar pelajar dalam memahami sesuatu subjek. Bayangkan jika soalan tugasan atau peperiksaan dijawab bulat-bulat oleh AI, apa yang sebenarnya dipelajari pelajar?

Walau bagaimanapun, ada laporan beberapa institusi pendidikan yang sudah mengesan peningkatan kes pelajar menggunakan AI untuk siapkan tugasan. Sesetengah pelajar mengambil jalan mudah dengan ‘copy and paste’ jawapan yang diberikan AI tanpa sebarang usaha untuk menyemak kebenarannya. Bukankah ini membimbangkan?

Lebih memburukkan keadaan, trend ini boleh menyebabkan kelonggaran dalam sistem penilaian pendidikan kita. Jika berterusan, hasilnya nanti, kita bakal melahirkan graduan ‘atas kertas’ yang kelihatan cemerlang di sijil tetapi kosong ilmu di dada.

Bukannya untuk sekat teknologi, tetapi memastikan ia digunakan dengan cara yang betul sebagai alat bantu belajar, bukan ‘jalan pintas’ untuk kejayaan segera. Hakikatnya, ilmu yang diperoleh secara mudah akan mudah juga hilang. Merak Jalanan rasakan penting untuk kita ingatkan pelajar bahawa tiada kejayaan yang datang tanpa usaha.

AI boleh membantu, tetapi ia tidak mampu menggantikan kepintaran dan pemikiran kritis seorang manusia. Jadi, pelajar hari ini perlu sedar bahawa teknologi adalah sekadar alat, bukan penyelesaian segala masalah. Kejayaan yang diraih melalui usaha sendiri jauh lebih bermakna daripada kemenangan palsu yang hanya sementara.

Sumber: Merak Jalanan, Suara Sinar, 18 Disember 2024

Artikel/Berita Terkini

KUASAI AI, SEDIA HADAPI PERUBAHAN DUNIA

TERIMA KASIH: Sapawi (dua kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Isnin sempena majlis perasmian itu. KOTA KINABALU: Kerajaan terus memperkukuhkan agenda pembangunan …

TARIKH-TARIKH PENTING PILIHANRAYA NEGERI MELAKA KE 16 – TIDAK BENAR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa grafik berhubung “Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16” yang sedang tular …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …