“JUBAH KONVOKESYEN: WARISAN ZAMAN KEEMASAN ISLAM YANG KITA TAK SEDAR?”

Universiti Pertama dan Tradisi Keilmuan Islam

Kisah jubah konvokesyen bermula seawal abad ke-9, ketika dunia Islam sedang berada di puncak kecemerlangan. Universiti pertama di dunia, Universiti Al-Qarawiyyin diasaskan pada tahun 859 oleh seorang wanita Muslimah bernama Fatimah Al-Fihri di Fez, Maghribi. Institusi ini tidak hanya mengajar agama, tetapi juga perubatan, matematik, muzik dan banyak lagi. Pelajar dari seluruh pelusuk dunia termasuk Eropah tertarik untuk menimba ilmu di sini. Semasa Zaman Keemasan Islam (abad ke-7 hingga ke-13), pendidikan sangat dihargai. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian diberikan diploma dan graduasi disambut dengan majlis istimewa. Dalam acara tersebut, mereka menyarungkan pakaian khas berbentuk thawb, sejenis jubah panjang yang melambangkan ilmu dan kemuliaan.

Jubah dan Perjalanan ke Barat

Menariknya, pelajar Eropah yang belajar di universiti Islam turut membawa pulang tradisi ini. Ramai pelajar dari Eropah datang belajar di universiti Islam seperti Al-Qarawiyyin, Nizamiyyah di Baghdad dan Toledo di Sepanyol. Mereka menyarung jubah yang menyerupai thawb Arab untuk menunjukkan bahawa mereka adalah lulusan universiti Islam. Budaya ini terus berkembang apabila universiti pertama di Eropah, Universiti Bologna yang ditubuhkan pada tahun 1088 dengan mengambil inspirasi daripada model pendidikan Islam. Lambat laun, jubah ini menjadi simbol rasmi acara graduasi di seluruh Eropah.

Sejarawan barat Jack Goody dalam bukunya yang berjudul Islam di Eropah “Islam in Uerope” menulis “The Arabic clothing (thawb) has remained as the purest and clearest sign of scholastic integrity up to this day of ours, especially during scholastic events such as the debating of University thesis and graduation”. “Pakaian orang Arab (Jubah) kekal sebagai tanda integriti ilmu yang paling tulen dan paling jelas sehingga ke zaman kita ini, terutamanya semasa acara keilmuan seperti perbahasan tesis dan hari pengijazahan”.

Simbolisme Mortarboard

Selain jubah, topi mortarboard yang sering dilihat di hari graduasi juga mempunyai kaitan rapat dengan tradisi Islam. Mortarboard ni topi segi empat yang dipakai semasa hari graduasi itu. Tahukah anda bahawa asalnya topi ini diinspirasikan daripada topi tradisional Arab?

Dalam budaya Arab, topi rata ini dikenali sebagai qalansuwah. Ia direka dengan bahagian atas yang leper untuk meletakkan al-Quran, simbolik kepada penghormatan tertinggi terhadap kitab suci dan ilmu pengetahuan. Namun, tradisi membaling mortarboard selepas tamat pengajian adalah amalan moden yang bermula pada tahun 1912 di Akademi Tentera Laut Amerika. Ironinya, tradisi ini bertentangan dengan tujuan asal topi itu yang melambangkan kepentingan ilmu mengatasi emosi atau perayaan berlebihan.

Jubah: Bukan Sekadar Pakaian

Dalam tamadun Islam, jubah bukan hanya pakaian, tetapi lambang status dan kelayakan ilmu. Pelajar hadis, contohnya, hanya diberikan jubah sarjana selepas lulus ujian dan diiktiraf layak mengajar.

Pakaian ini membezakan antara orang awam dan cendekiawan melambangkan tanggungjawab untuk menyebarkan ilmu kepada masyarakat. Tradisi ini kekal hingga ke hari ini. Misalnya, dalam penganugerahan ijazah doktor falsafah (PhD), jubah yang dipakai biasanya lebih istimewa menandakan pencapaian tertinggi dalam bidang akademik.

Pengajaran di Sebalik Sejarah

Sejarah jubah konvokesyen mengingatkan kita bahawa pendidikan bukan sekadar soal memperoleh sijil, tetapi juga tanggungjawab untuk menggunakan ilmu ke arah kebaikan. Dalam tradisi Islam, graduasi bukan hanya tentang meraikan kejayaan peribadi, tetapi satu penghormatan kepada ilmu dan keinginan untuk menyumbang kepada masyarakat. Jadi, ketika anda menyarung jubah konvo nanti, ingatlah bahawa ia bukan sekadar pakaian. Ia adalah simbol warisan ilmu, kegemilangan tamadun Islam dan penghormatan terhadap usaha generasi terdahulu yang menjunjung tinggi nilai-nilai keilmuan. Adakah anda sudah bersedia untuk menyambung legasi ini?

Sumber: Azizul Farhan, Laman Facebook The Patriots Studios

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut