JAMBATAN RUNTUH : HAMPIR 2,000 PENDUDUK DI SEMBILAN KAMPUNG DI PASIR MAS TERKESAN

Hampir 2,000 penduduk dari sembilan kampung di Pasir Mas terkesan apabila jambatan utama yang menghubungkan mereka ke pusat bandar runtuh akibat arus deras banjir pada penghujung November lepas.

Jambatan sepanjang 350 meter yang dibina pada 1988 itu runtuh sepanjang hampir 100 meter, mengakibatkan penduduk dan pelajar sekolah terjejas.

Penduduk kini terpaksa menggunakan jalan alternatif sejauh 30 kilometer yang mengambil masa setengah jam, berbanding 15 minit sebelum ini.

Jambatan yang penting untuk urusan harian penduduk itu juga terjejas akibat rempuhan dan arus banjir.

Penduduk berharap agar kerajaan segera menangani masalah ini.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut