69 PATI DITAHAN DALAM PERHIMPUNAN HARAM

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) menahan 69 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dalam satu perhimpunan haram di sebuah dewan banquet hotel bertaraf dua bintang di Bandar Nilai di sini.

Menurut Pengarahnya, Kennith Tan Ai Kiang, seramai 253 warga asing telah diperiksa dan 69 individu berusia antara 20 hingga 46 tahun terdiri daripada 55 lelaki serta 14 wanita ditahan termasuk empat individu yang dipercayai dalang utama perhimpunan ini. Antara pengisian perhimpunan haram yang dihadiri mereka itu adalah bagi mendengar ceramah dan meraikan sambutan pra- krismas.

Kebanyakan mereka bekerja di sekitar Bandar Nilai dan ada di antara mereka datang dengan bas sewa khas dari Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang. Semasa serbuan dilakukan, kesemua mereka tidak dapat meloloskan diri kerana kesemua pintu telah dikepung oleh pasukan operasi. Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kesemua tahanan ini akan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut. Operasi Ini dilaksanakan berdasarkan aduan dan maklumat orang awam serta tindakan risikan oleh JIMNS selama satu minggu berdasarkan flyers yang diedarkan.

Operasi Penguatkuasaan Bersepadu diadakan dibantu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan ini bermula jam 10 malam Sabtu dan berakhir jam 12.30 tengah malam Ahad.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …