DUA LELAKI DITAHAN BERSAMA HEROIN, SYABU

Dua lelaki dipercayai tokan dadah ditahan oleh anggota kereta peronda polis (MPV) di tepi Jalan Bahau-Kemayan, di sini kira-kira jam 3.15 pagi Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, anggota berkenaan sedang membuat rondaan di kawasan pentadbiran Sungai Lui sebelum ternampak sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dinaiki lelaki berusia 31 dan 29 tahun dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan telah menjumpai satu kotak berisi tiga peket lutsinar di bawah tempat duduk pemandu disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran 134.50 gram dan syabu seberat, 0.40 gram.

Siasatan lanjut mendapati dadah bernilai kira-kira RM3,362 ini dipercayai untuk kegunaan kenalan terdekat. Kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh serta berasal dari Triang, Pahang dan Kuala Lumpur itu positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek pertama mempunyai 13 rekod jenayah lampau manakala rakannya ada lima rekod jenayah dan mereka kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut