SISIPAN SEJARAH: PERTABALAN SULTAN ZAINAL ABIDIN III SEBAGAI SULTAN TERENGGANU

Pada 18 Disember dalam tahun 1881, Tengku Zainal Abidin Muazzam Shah, ditabalkan dengan rasminya sebagai Sultan Terengganu yang ke sebelas dan bergelar Sultan Zainal Abidin III. Pertabalan ini dilakukan untuk menggantikan ayahanda baginda Almarhum Sultan Ahmad Shah II.  Pertabalan baginda ini berdasarkan pemilihan yang dibuat oleh Jemaah Mesyuarat Menteri yang terdiri dari Menteri Besar, Sayyid Abdullah, Sayyid Zain, Sayyid Abdul Rahman dan beberapa orang menteri yang lain.  Setelah baginda menjadi Sultan, baginda membuat beberapa perubahan bertujuan mewujudkan kestabilan politik di negeri Terengganu.  Baginda telah membahagikan negeri Terengganu kepada beberapa daerah dan setiap daerah dijaga dan diperintah oleh saudara-saudara dan kerabat-kerabat Diraja. Baginda juga memberi perhatian terhadap penubuhan pejabat-pejabat kerajaan antaranya Pejabat Mahatinggi, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Pejabat Khazanah dan Pejabat Syahbandar.  Pertabalan Baginda pada hari ini merupakan titik tolak kepada perubahan dan permodenan Negeri Terengganu.

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

HEBAT: RAKYAT MELAKA PUAS DAPAT BERTEMU PEMIMPIN LUAH MASALAH

Seri Negeri – Rakyat Melaka meluahkan rasa syukur dan gembira apabila diberikan peluang bertemu pemimpin secara langsung pada Hari Ahli …

OPERASI LORONG KOSONG (Ops LOKOS) MBMB

Melaka Tengah – Operasi Lorong Kosong (Ops LOKOS) MBMB Bil. 21 Tahun 2025 anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB …

SARAPAN BUKAN SEKADAR MAKAN – IA PELINDUNG KESIHATAN ANDA

Sarapan Bukan Sekadar Makan – Ia Pelindung Kesihatan Anda! Ramai yang abaikan sarapan sebab sibuk. Tapi sarapan penting untuk: 🔋 …