RAMPASAN KELAPA LEBIH 41 TAN DI PENGKALAN KUBOR

Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan buah kelapa di Jalan Pulau Ular, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan, pada 5 Disember 2024.

Tangkapan dilakukan selepas memeriksa sebuah treler yang membawa lebih 41,000 kg buah kelapa tanpa dokumen sah.

Suspek, seorang lelaki berumur 38 tahun, dipercayai menyeludup buah kelapa tersebut ke negara jiran, dengan nilai rampasan sekitar RM205,000.

Kes disiasat di bawah Peraturan 4(2)(b) Akta Fama 141 Rancangan Pemasaran Kelapa 1973.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …