Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan penyeludupan buah kelapa di Kampung Simpangan, Tumpat, Kelantan, pada 5 Disember 2024.
Tangkapan dilakukan selepas memeriksa sebuah treler yang membawa lebih 41,000 kg kelapa tanpa dokumen sah.
Suspek, seorang lelaki berusia 40 tahun, dipercayai menyeludup kelapa tersebut ke negara jiran.
Nilai rampasan dianggarkan RM205,000.
Kes disiasat di bawah Peraturan 4(2)(b) Akta Fama 141 Rancangan Pemasaran Kelapa 1973.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi
Artikel/Berita Terkini
TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)
Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …
NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA
Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …
Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …
