KADA SASAR PENYERTAAN 981 HEKTAR SKIM TAKAFUL PADI MENJELANG 2025

Di Kelantan, masih ada 981 hektar tanah padi yang belum didaftarkan di bawah Skim Takaful Tanaman Padi (STTP), yang dijangka akan diselesaikan selewat-lewatnya pada awal 2025.

Setakat ini, 696 hektar telah dilindungi takaful, membolehkan pesawah menerima pampasan jika tanaman mereka terjejas akibat bencana seperti banjir.

KADA juga merancang untuk mengusahakan tanah terbiar untuk tanaman padi atau pertanian lain yang menguntungkan.

Khalid Abdul Samad, Pengerusi KADA, menegaskan bahawa lantikannya sebagai Pengerusi KADA adalah berdasarkan tanggungjawab untuk membangunkan industri pertanian dan memastikan keselamatan makanan negara.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut