19 KAMPUNG BERHAMPIRAN SUNGAI NENGGIRI DAN SUNGAI KELANTAN DIJANGKA BANJIR MINGGU INI

Amaran banjir dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk hampir 19 kampung di sekitar Sungai Nenggiri dan Sungai Kelantan, yang dijangka terjejas antara Selasa hingga Jumaat ini, susulan ramalan hujan berterusan.

Kampung-kampung yang terlibat di sekitar Sungai Nenggiri di Gua Musang dan Sungai Kelantan di Machang melibatkan kawasan-kawasan seperti Kampung Pasir Tumboh Lama, Kampung Kala, Kampung Pasir Senor, dan Kampung Temangan Lama.

JPS mengingatkan bahawa banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan dan menggesa penduduk di kawasan berisiko untuk bersiap sedia serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …

PENGUATKUASAAN IMIGRESEN TERUS DIPERGIAT

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus mempergiat operasi penguatkuasaan di seluruh negara bagi membanteras pelanggaran undang-undang imigresen. Sepanjang tempoh 19 hingga …