Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 35,075 mangsa sehingga pagi ini.
Kesemua mangsa membabitkan 11,152 keluarga itu ditempatkan di 88 pusat pemindahan sementara (PPS).
Berdasarkan Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga kini, hanya empat daerah masih dilanda banjir.
Daerah yang masih dilanda banjir adalah Pasir Mas merekodkan 15,491 mangsa, diikuti Tumpat (19,140 mangsa).
Selain itu, Kota Bharu membabitkan 403 mangsa dan Bachok hanya 41 mangsa.
Sumber: Harian Metro