LEBIH 200 PPS DI KELANTAN DITUTUP

Kota Bharu: Sebanyak 223 pusat pemindahan sementara (PPS) daripada 316 di Kelantan sudah ditutup dengan 74,969 mangsa daripada 22,581 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing di empat jajahan.

Perkara itu dirujuk menerusi info bencana atau bilik gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan setakat 4 petang tadi.

Menurut sumber JKM negeri, mangsa dibenarkan pulang ke rumah atas faktor paras air sungai surut dan kurang hujan.

Sementara itu, data itu juga menunjukkan baki 93 PPS yang masih aktif melibatkan empat jajahan termasuk Pasir Mas dengan 44 PPS, Tumpat (46), Kota Bharu (1) dan Bachok (2).

Berdasarkan data berkenaan sejumlah 39,761 mangsa daripada 12,863 keluarga masih ditempatkan di kesemua PPS yang aktif.

Data tersebut merekodkan Tumpat menjadi jajahan paling tinggi bilangan mangsa banjir yang berdaftar di PPS iaitu 20,441 orang daripada 6,446 keluarga, diikuti Pasir Mas dengan 18,866 mangsa daripada 6,289 keluarga.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …