POLIS TEMBAK TIGA PENJENAYAH DI PENAMPANG

MAUT: Pasukan polis mengangkat mayat suspek untuk tindakan lanjut.

SIASAT: Sepasukan anggota Unit Forensik IPK Sabah turut berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.

PENAMPANG: Polis menembak tiga penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di sebuah taman perumahan di Bundusan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.13 malam itu, ketiga-tiga suspek lelaki itu dipercayai terbabit dalam beberapa aktiviti jenayah, termasuk kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Datuk Azmi Abdul Rahim, berkata bertindak atas maklumat sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menyerbu sebuah rumah di apartment di tingkat satu.

“Ketika serbuan dilakukan, berlaku tembak-menembak di antara ketiga-tiga suspek dengan anggota polis.

“Bagaimanapun, anggota kita berjaya menembak mati ketiga-tiga penjenayah berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan oleh pasukan polis di lokasi kejadian.

“Ketiga-tiga penjenayah ini dipercayai terbabit dalam beberapa kes jenayah, termasuk kes bunuh di Sarawak.

“Lain-lain masih dalam proses siasatan pasukan polis,” katanya.

Sepasukan anggota Unit Forensik IPK Sabah turut berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …