IMBAS KOD QR KENAL PASTI PEMILIK TERNAKAN

Ayer Keroh – Penternak atau pemilik ternakan di Negeri Melaka disarankan supaya melabelkan haiwan milik masing-masing menggunakan kod QR.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, saranan itu adalah selaras dengan pelaksanaan inisiatif Kampung Digital yang dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini sebelum dilancarkan pada 2025.

Ab Rauf berkata, pelabelan itu adalah berdasarkan kepada alamat kediaman, sekali gus memudahkan usaha mengenal pasti pemilik sebenar ternakan berkenaan terutama dalam menyelesaikan hal-hal tertentu.

“Contoh apabila berlaku kemalangan, usaha pihak berkuasa menjejak pemilik sebenar ternakan ini akan menjadi lebih mudah. Bagi kes ternakan berkeliaran, namun memiliki label kod QR, pemilik akan dikenakan kompaun.

“Jika tidak ada langsung label, ternakan akan dilelong dan andai perkara ini terlaksana, Melaka akan menjadikan negeri pertama memperkenalkan label kod QR bagi setiap ternakan,” katanya Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pembangunan Ahli Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Melaka bagi sesi 2023-2025 dan Penyerahan Sijil Penubuhan Civil Defense Auxiliary Emergency Response Team (CDA-ERT) Negeri Melaka, di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka Ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri; Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Aminurrahin Mohamed.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri berkata, Kerajaan Pusat menyatakan persetujuan untuk membantu pelaksanaan inisiatif Kampung Digital di Negeri Melaka.

“Kerajaan Pusat bersetuju untuk membantu Melaka dalam mendigitalkan kampung di negeri ini. Insya-Allah Melaka akan menerima beberapa insentif terutamanya dalam pertukaran alamat dan pertukaran kad pengenalan.

“Pihak Kerajaan Negeri juga mohon Kerajaan Pusat agar dapat berikan perhatian bagi aspek tukar kad pengenalan ini secara percuma apabila inisiatif pendigitalan kampung bermula kelak,” ulasnya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

‘SETIAP SEN DISALUR AMANAH DARIPADA RAKYAT’ – AMINUDDIN

Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan supaya berintegriti dalam pengurusan dana kerajaan. Menteri Besar Negeri Sembilan, …
Maklumat Lanjut

KPDN NEGERI SEMBILAN GEMPUR 25 PREMIS JUALAN LANGSUNG

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan telah menjalankan pemeriksaan terhadap 25 premis jualan langsung menerusi …
Maklumat Lanjut

BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada …
Maklumat Lanjut