SAR LELAKI HILANG DITERUSKAN MASUKI HARI KETIGA

SAR: Operasi SAR hari ketiga diteruskan sehingga tiga kilometer dari lokasi mangsa hilang.

KINABATANGAN: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) meneruskan pencarian membabitkan seorang lelaki yang hilang selepas dikhuatiri dibaham buaya ketika mencuci bot di tepi sungai Kampung Sri Ganda, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pencarian yang memasuki hari ketiga dimulakan seawal jam 7.30 pagi.

“Operasi SAR dijalankan dengan radius pencarian tiga kilometer dari mangsa dilaporkan hilang menggunakan kaedah surface searching bersama agensi lain dan orang awam.

“Turut difahamkan tiada liputan Girn dan talian telefon di lokasi manakala laporan sudah dibuat kepada pihak kepada pihak Sapura,” katanya.

Tambahnya, sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Terdahulu, mangsa Kisman Baco,36 sedang mencuci bot bersama anaknya sebelum mangsa hilang secara tiba-tiba di lokasi sebelum kejadian dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Pencarian hanya dijalankan pada 2 Disember memandangkan jarak ke lokasi adalah hampir 100 kilometer.

Operasi SAR turut dibantu bersama Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut