DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Barat Daya berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan dadah bernilai RM217,424 dalam satu operasi khas yang dijalankan pada 1 Disember 2024 di kawasan Teluk Bahang.
Dalam serbuan sekitar jam 8.30 pagi di tepi Jalan Hassan Abas, berhampiran Hotel Sea Princess, seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 29 tahun ditahan bersama beg galas yang mengandungi:
โข 6.5 kilogram ganja bernilai RM20,150.00
โข 6.1 kilogram syabu bernilai RM195,200.00
โข 34 gram serbuk MDMA bernilai RM2,074.00
Jumlah keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM217,424.
Siasatan awal mendapati saspek mengaku dadah tersebut miliknya dan merancang untuk menyeludupnya ke Palembang, Indonesia dengan menggunakan laluan perairan Pulau Pinang. Saspek turut mendakwa mendapat bekalan daripada seorang lelaki warganegara India yang dikenali sebagai โBosโ dan dijanjikan upah sebanyak RM2,800.00 bagi setiap kilogram dadah yang berjaya diseludup keluar.
Saspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Dayaย https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484



