TEKANAN EKONOMI FAKTOR KES DERA, PENGANIAYAAN KANAK-KANAK MENINGKAT

Sebanyak 509 kes penderaan dan penganiayaan kanak-kanak dilaporkan berlaku di Negeri Sembilan dari tempoh Januari sehingga bulan lalu. Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Rosnah Sardi, jumlah itu meningkat 106 kes berbanding tahun sebelumnya iaitu 403 kes.

Menurutnya, tekanan ekonomi dilihat menjadi antara faktor utama yang mendorong perkara itu berlaku. Kemiskinan keluarga menyebabkan ibu bapa tidak dapat menjaga anak-anak dengan baik dan terpaksa keluar bekerja sehingga menyebabkan anak-anak terabai.

Faktor lain seperti kepincangan dalam keluarga apabila ibu bapa yang mengambil dadah, terlibat aktiviti pelacuran, dipenjarakan atau mengalami masalah mental. Keadaan itu menyebabkan mereka mudah hilang pertimbangan sehingga sanggup mencederakan anak-anak. Kebanyakan mangsa berusia antara empat hingga 15 tahun dan anak-anak yang memasuki usia remaja pula biasanya menjadi mangsa penderaan seksual.

Pelaku itu biasanya yang dekat dengan mangsa bukan saja ibu bapa tetapi juga ahli keluarga lain seperti bapa saudara atau datuk.  Justeru, pelbagai usaha dilakukan JKM bagi menangani masalah tersebut, termasuk menyediakan khidmat sokongan dan program advokasi berkaitan dengan pencegahan yang diadakan di sekolah-sekolah.

Program advokasi itu diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar untuk tampil membuat aduan kepada pihak berkaitan sekiranya mereka menjadi mangsa. Bermula Mei hingga bulan lalu pihaknya telah mengadakan 30 siri advokasi perlindungan kasih kanak-kanak di 30 buah sekolah di seluruh Negeri Sembilan.

Pihaknya juga memberi kesedaran kepada ahli masyarakat lain seperti guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru supaya mereka juga tahu bagaimana untuk menyampaikan aduan-aduan yang dikemukakan oleh mangsa. Ini kerana, kebiasaannya kes berkenaan berlaku di kawasan kejiranan dan semestinya peranan komuniti amat diperlukan untuk segera membuat laporan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pelabuhan Pulau …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

JATA NEGARA

Jata Negara, Lambang Kedaulatan Kita! Sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti, marilah kita hayati makna di sebalik Jata …
Maklumat Lanjut