PENGUATKUASAAN IMIGRESEN TERUS DIPERGIAT

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus mempergiat operasi penguatkuasaan di seluruh negara bagi membanteras pelanggaran undang-undang imigresen. Sepanjang tempoh 19 hingga 30 Oktober 2026, sebanyak 553 operasi telah dilaksanakan melibatkan pemeriksaan terhadap 5,705 individu, dengan 3,410 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 102 majikan ditahan.

Secara keseluruhannya, bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Oktober 2026, JIM telah merekodkan:

  • 11,755 operasi penguatkuasaan
  • 154,940 individu diperiksa
  • 69,760 PATI ditahan
  • 2,077 majikan ditahan
  • 47,553 pemindahan pulang ke negara asal

 

JIM kekal komited memperkukuh penguatkuasaan secara berterusan, berfokus dan tegas demi memastikan undang-undang imigresen negara sentiasa dipatuhi.

 

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

Artikel/Berita Terkini

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …

PENGUATKUASAAN IMIGRESEN TERUS DIPERGIAT

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus mempergiat operasi penguatkuasaan di seluruh negara bagi membanteras pelanggaran undang-undang imigresen. Sepanjang tempoh 19 hingga …

LAPORAN PENDAKWAAN IMIGRESEN TERENGGANU

Mahkamah Sesyen Khas PATI Ajil, Hulu Terengganu telah mengendalikan prosiding pendakwaan melibatkan seramai 40 Orang Kena Tuduh (OKT) yang terdiri …