DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Satu kunjungan hormat daripada Tuan Asa’ari bin Zainudin, Pengarah Keselamatan Negeri Pulau Pinang ke atas YBhg Mejar Jeneral Datoβ Hj Fazal bin Hj Abdul Rahman, Panglima 2 Divisyen telah diadakan di Markas 2 Divisyen, Kem Tun Razak, Pulau Pinang pada 26 November 2024 (Selasa) yang lepas.
Kunjungan hormat ke atas Panglima 2 Divisyen ini diadakan bagi membincangkan dengan lebih dekat berkenaan isu-isu keselamatan strategik dan keselamatan rakyat khususnya di Negeri Pulau Pinang bersama Panglima 2 Divisyen.
Sumber : Majlis Keselamatan Negara, Negeri Pulau Pinang