KOPEKS LANCAR PORTAL BERITA `KINABALU MEDIA’

ALBUM: Hajiji bergambar dengan sebahagian yang hadir sempena majlis perasmian mesyuarat agung tahunan KOPEKS , di sini.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Hj Noor semalam melancarkan portal berita `Kinabalu Media’ yang dibangunkan oleh Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS).

Hajiji menyempurnakan pelancaran berkenaan selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-47 di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini.

Buat permulaan, `Kinabalu Media’  diterbitkan secara dalam talian dan pada masa depan merancang menerbitkannya secara fizikal sebagai akhbar tempatan di Sabah.

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi KOPEKS, Datuk Dr Saat Awang Damit, Ketua Pegawai Eksekutif KOPEKS, Buvil Angkui dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair.

Terdahulu dalam ucapannya, Hajiji berkata KOPEKS yang kini sudah mencapai usia 61 tahun dan sebagai koperasi tertua di negeri ini perlu terus kekal relevan dan menjadi pilihan kepada penjawat awam.

“Koperasi ini pernah mencapai sehingga 20,000 ahli dalam era akhir 70-an dan 80-an. Saya masih ingat pada ketika itu, KOPEKS turut menyediakan kemudahan pembiayaan kredit dan berbagai kemudahan lain kepada ahlinya. Ini merupakan sejarah besar KOPEKS.

“Walaupun bilangan ahli yang aktif ketika ini seramai 5,898 orang, saya percaya ini akan menjadi sumber kekuatan kepada KOPEKS.

“Jika ahli bersatu dan memberi sokongan kepada pengurusan serta kepimpinan koperasi, saya yakin KOPEKS akan mengekalkan kejayaan dan kecemerlangannya,” katanya.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana hampir 90 peratus ahli telah menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh KOPEKS, khususnya bagi tujuan menampung pengajian anak ahli yang melanjutkan pelajaran, menampung kos perubatan dan membaikpulih rumah khusus bagi ahli yang akan bersara.

“Selain itu, program lain yang turut disediakan seperti pembiayaan kredit, pembiayaan menunaikan umrah, program pelancongan anggota, tabung Khairat bagi ahli yang meninggal dunia, insentif pendidikan, sumbangan kepada asnaf dan anak yatim,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚           …