24 PTI DITAHAN DI KAWASAN SETINGGAN DI LAHAD DATU

OPERASI: Antara PTI yang berjaya ditahan di kawasan rumah setinggan di Lahad Datu.

LAHAD DATU: Seramai 24 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menerusi Operasi Penguatkuasaan di kawasan rumah setinggan di daerah ini, semalam.

Operasi selama empat jam bermula kira-kira 12 tengah malam itu membabitkan kekuatan seramai 63 pegawai dari JIM Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.

Turut serta dalam operasi itu, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) Jafri Embok Taha dan Pengarah Bahagian Operasi Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Basri Othman.

Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, tindakan penguatkuasaan itu diambil susulan daripada aduan awam berhubung warga asing yang dipercayai tiada dokumen pengenalan diri.

“Seramai 53 individu diperiksa dalam operasi berkenaan. Daripada jumlah itu, seramai 24 PTI ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan iaitu tiada dokumen pengenalan diri Seksyen 6(1)(c).

“PTI yang ditahan terdiri daripada warga Filipina iaitu seramai 16 lelaki dewasa, empat wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Manakala seorang warga Indonesia dan semua yang ditahan berusia antara lima bukan hingga 55 tahun,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

SH Sitti Saleha berkata, semua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Tawau untuk siasatan dan tindakan susulan.

Mengulas mengenai operasi itu, beliau berkata kesukaran akses ke kawasan setinggan dengan keadaan struktur rumah yang tidak teratur serta berlumpur menyukarkan anggota penguatkuasa menjalankan operasi.

Selain itu, katanya kawasan setinggan berkenaan yang berbukit-bukau juga memberi kesukaran kepada kenderaan penguatkuasa memasuki kawasan berkenaan. Namun operasi berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehadiran PTI atau sebarang maklumat yang boleh membantu JIM dalam melaksanakan penguatkuasaan diminta tampil menyalurkan maklumat berkenaan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …