NEGERI SEMBILAN SEMAK ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996 bagi memperkukuh pemantauan dan kawalan terhadap institusi pendidikan agama di negeri ini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, ia bertujuan untuk memastikan sekolah-sekolah agama termasuk tahfiz, madrasah, pondok dan sekolah agama rakyat mematuhi standard pendidikan serta keselamatan yang ditetapkan. Selain itu kerajaan negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sembilan (UPEN) terus memperkasakan program Fast Track Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya meningkatkan kebolehpasaran pelajar-pelajar tahfiz, madrasah dan pondok.

Pada tahun 2024, program ini dijalankan di Sekolah Maahad Tahfiz (Persendirian) As-Saidiyah (MTAS) seperti tahun sebelum ini melibatkan seramai 50 orang pelajar tahfiz. Kerajaan negeri juga telah menyalurkan sumbangan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) untuk pelaksanaan penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi sebanyak RM17,640.

Selain itu, sumbangan bagi Program Adab dan Nilai sebanyak RM6,220 turut diberikan sebagai menghargai kejayaan cemerlang anak-anak negeri Sembilan dalam program Majlis al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Peringkat Kebangsaan 2024. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memasukkan inisiatif Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dalam Pembangunan Pelan Strategik KPM bagi tempoh 2024-2030. Inisiatif ini melibatkan guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan KPM yang beragama Islam.

Sementara itu, mengenai isu agama dan ajaran sesat, Jabatan Mufti Negeri Sembilan mengambil langkah memfatwa dan mewartakan ajaran-ajaran yang didapati menyeleweng dan berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunah. Kerajaan negeri melalui PDRM Kontinjen Negeri Sembilan juga sentiasa menjalankan risikan dan pemantauan yang berterusan terhadap kumpulan atau ajaran meragukan atau sesat dan bertentangan dengan hukum syarak.

JHEAINS juga sedang melipatgandakan usaha-usaha memberi kefahaman Islam yang sebenar kepada masyarakat melalui program-program keagamaan yang memberi impak dan outcome yang lebih baik. Program-program pemantapan aqidah akan dibuat melalui kelas-kelas takmir, khutbah Jumaat dan pelbagai platform di bawah bidang kuasa JHEAINS.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut