KEMASKAN PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH: HAJIJI

ALBUM: Hajiji (tengah), Masidi (kanan) dan Jahid (kiri) serta menteri kabinet yang lain merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar diarahkan untuk memperkemaskan proses pentadbiran di semua pejabat daerah di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, Kementerian Pembangunan Luar Bandar adalah sebuah kementerian penting yang bertanggungjawab untuk mentransformasikan kawasan luar bandar dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Sehubungan itu katanya, kerjasama daripada semua pegawai daerah amat diperlukan bagi memastikan agenda pembangunan kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan cekap.

“Projek pembangunan luar bandar peringkat negeri dan persekutuan mesti dilaksanakan mengikut jadual.

“Ini juga termasuk program kesedaran untuk masyarakat luar bandar,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar di sini, hari ini.

Beliau berkata, perkara penting adalah tugas pegawai daerah untuk menyelesaikan masalah di daerah masing-masing.

Hajiji juga mahu kelewatan dalam pemberian elaun kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) diselesaikan segera.

“Saya mahu kementerian memantau prestasi pegawai di pejabat daerah masing-masing dan memastikan kerja-kerja dijalankan mengikut jadual termasuk menyelesaikan isu elaun,” katanya.

Hajiji juga mengarahkan kementerian untuk mengadakan kursus berkaitan bagi semua kakitangan di setiap pejabat daerah untuk menyelesaikan masalah penting di kawasan masing-masing.

Semasa lawatan kerja itu, Hajiji dan rombongan menerima taklimat daripada Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Norlijah Danin, mengenai program-program kementerian yang sedang berjalan dan yang telah berjaya dilaksanakan.

Antara program itu ialah projek pembangunan kecil luar bandar, pembangunan usahawan luar bandar, ekonomi dan kemudahan luar bandar, pembasmian kemiskinan, satu daerah satu produk, aktiviti ekonomi tambahan, bekalan air alternatif luar bandar, bekalan elektrik alternatif luar bandar dan Rumah Mesra SMJ.

Turut hadir ialah Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ariffin Arif serta pembantu menteri dan pegawai kanan jabatan.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …