TIMOR LESTE MAHU TINGKAT HUBUNGAN PERDAGANGAN DENGAN SABAH

CENDERAHATI: Lisualdo menyampaikan Tais iaitu kain tradisional Timor Leste dan biji kopi kepada Hajiji selepas kunjungan hormat itu.

KOTA KINABALU: Timor Leste berhasrat untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala dengan Sabah, terutamanya dalam bidang pertanian.

Duta Timor Leste ke Malaysia, Lisualdo Gaspar, semasa pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di sini hari ini, menyatakan minat negaranya untuk meneroka kerjasama perdagangan yang lebih erat dengan Sabah.

Beliau juga mengalu-alukan Sabah untuk melihat peluang perniagaan di Timor Leste.

Lisualdo diiringi oleh Pengerusi Invest Sabah Tan Sri Anifah Aman dan Ketua Pegawai Eksekutif Borneo Corporation Dr Nasir Latiff.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut