POLIS KESAN LELAKI GUNA DUIT PALSU RM100 BELI BARANG

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang didakwa berurus niaga menggunakan wang kertas palsu bernilai RM100 dalam kejadian di sekitar premis Pekan Kuala Pilah pada Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani, laporan polis mengenai kejadian itu telah diterimanya pada Isnin jam 10 pagi daripada seorang wanita iaitu petugas kaunter di sebuah pasaraya. Lelaki berkenaan menyerahkan RM100 untuk membeli gel rambut, setelah petugas itu menyedari duit berkenaan palsu, lelaki tersebut bertindak melarikan diri.

Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki berkenaan telah beredar menggunakan kereta jenis dan warna tidak pasti.  Kes telah dibuka di bawah Seksyen 489 (B) Kanun Keseksaan dan pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Sarjan Maznah Salleh ditalian 06-4811222 atau datang ke balai polis berhampiran. Sementara itu, terdapat beberapa peniaga lain yang mendakwa turut menjadi mangsa lelaki itu selain berkongsi mengenai kejadian itu di laman sosial Facebook sebagai peringatan kepada orang ramai.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …