Tiga sungai utama di Kelantan dicatatkan berada melebihi paras berjaga-jaga setakat 1 tengah hari, 21 November 2024.
Berdasarkan portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran, tiga sungai berkenaan adalah Sungai Kelantan di Kampung Sokor, Tanah Merah dengan ketinggian 18.43 meter berbanding paras berjaga-jaga 18 meter.
Sungai Golok di Rantau Panjang juga melebihi paras berjaga-jaga (tujuh meter) iaitu 7.38 meter.
Sementara itu Sungai Semerak di Pasir Puteh yang dicatatkan pada aras amaran pagi tadi susut kepada paras berjaga-jaga iaitu dengan ketinggian 2.02 meter.
Selain itu, semua sungai lain direkodkan berada pada paras normal.
Sumber: Harian Metro