DAH TAK BOLEH SUKA-SUKA PI THAILAND!

Pada 20 November 2024, Pasukan Gerakan Am (PGA) telah memasang papan tanda di empat pangkalan haram di Rantau Panjang dan Tumpat untuk memberi amaran kepada rakyat Malaysia agar tidak menyeberang ke Thailand secara haram.

Papan tanda tersebut diletakkan di tiga pangkalan haram di Rantau Panjang (MCA, Syed Agil, dan Jitong) serta satu lagi di Kuala Tanjung, Tumpat.

Tindakan ini selaras dengan arahan Ketua Polis Kelantan yang menyatakan bahawa mereka yang melanggar peraturan ini akan dikenakan denda sehingga RM10,000 atau ditahan, mengikut Akta Imigresen.

Selain itu, pemeriksaan di pangkalan haram juga akan ditingkatkan bagi menangkap individu yang melanggar peraturan, terutamanya di sepanjang Sungai Golok.

Tindakan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Disember depan.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …