BANTUAN KECEMASAN MONSUN TIMUR LAUT (MTL)
Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) ialah satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk menyatukan nombor-nombor kecemasan Malaysia menjadi satu pusat nombor untuk capaian mudah, iaitu 999.
MERS 999 adalah kerjasama antara Kerajaan dan Telekom Malaysia Berhad (TM) untuk kemudahan rakyat dan merupakan talian kecemasan negara.
Sebagai kesiapsiagaan menghadapi fenomena MTL, adalah dinasihatkan agar orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko bencana untuk mengetahui talian kecemasan negara bagi mendapatkan bantuan kecemasan MTL.
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama