[TERKINI] RENTAS SUNGAI GOLOK GUNA PANGKALAN HARAM DITAHAN BERMULA 1 DISEMBER

Polis Kelantan akan mula menahan individu yang menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok untuk merentasi sempadan Malaysia-Thailand mulai 1 Disember depan.

Tindakan ini diambil mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen, yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 bagi yang sabit kesalahan.

Pemantauan 24 jam akan dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk mengelakkan jenayah rentas sempadan.

Orang ramai diingatkan untuk menggunakan laluan sah di Kompleks ICQS.

Selain itu, polis akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk menangani isu pelajar yang merentas sempadan antara kedua-dua negara.

 

Sumber: Berita Harian, Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

BENGKEL PENGURUSAN PENGOPERASIAN BENCANA NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Pengurusan …

USAHAWAN PEKEDAI AGROBAZAAR

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Onboarding …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI SAMBUTAN SEMARAK RAMADAN 2026

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …